SUKAN USM HEBAT DI MASUM UKM 2017

20229246 10213688835845867 3697247072733056643 n
 
21 Julai 2017 UKM, Bangi - Sukan USM kini telah menepati reputasi selaku pencabar utama sukan di IPTA. Ini telah dibuktikan disepanjang Sukan MASUM yang telah berlangsung baru-barini selama 2 minggu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Selangor.
 
18 Emas, 23 Perak dan 19 Gangsa di kedudukan ketiga keseluruhan di Sukan MASUM daripada 20 Universiti Awam. Ini telah membuktikan USM bukan sahaja hebat dari segi akademik malah ternyata juga hebat dalam bidang sukan.
 image5
Sukan Renang dibawah tanggungjawab Pusat Sukan Tumpuan (PST) terus cemerlang dengan tuaian emas diberikan kepada USM sejak dari awal saingan dan tidak ketinggalan dari pasukan Poomsae Taekwondo dan juga Karate. Ikon Program Warga Sukan USM, Fatin Nurfatehah membawa pulang 4 emas berharga dan menepati pencapaian beliau selaku Olahragawati MASUM 2015 dan 2016.
image4 1 
Ini merupakan pencapaian terbaik sepanjang lima tahun sukan di USM yang mendapat sokongan 100 peratus dari Pusat Sukan dan Rekreasi USM dan juga Pengurusan Tertinggi USM dengan memberi dorongan dan inspirasi kepada atlet-atlet dalam pencapaian sukan di USM.
 
Sektor Penyediaan Atlet USM akan terus merangka program yang komprehensif agar konsistensi pencapaian atlet USM terus mantap menjelang 2018-2019. Sejajar dengan saranan Pengarah Pusat Sukan USM agar pencapaian akademik pelajar/atlet USM terus seiring dengan kemerlangan sukan.
 20140025 1435263373189759 2484777243510597669 n