PSR USM ADAKAN SIRI LAWATAN PEMERKASAAN MUTU PEMBANGUNAN SUKAN UNIVERSITI

Pic 1

Pic 2

Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti terkemuka di Thailand dalam satu siri lawatan yang singkat baru-baru ini. Lawatan ini lebih berfokus kepada pemerhatian dan perbincangan dari aspek pembangunan dari segi teknikal berkaitan kemudahan sukan.

Pic 5

Melalui lawatan ilmiah ini, PSR USM memperolehi ilmu pengetahuan baharu untuk penyediaan kemudahan sukan berkaitan polisi dengan lebih terancang, teliti dan efisyen di samping memperolehi pengetahuan dari segi pengoptimuman sumber tenaga serta gerak kerja penyelenggaraan kemudahan sukan dengan lebih berkesan dan mencapai standard yang lebih tinggi. Lawatan ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dalam penganjuran sukan berprestij dengan lebih profesional.

Pic 4

Lawatan Teknikal Kemudahan Sukan ini melibatkan PSR USM bersama Prince Of Songkhla University, Thaksin University, Rajabhat University, Hatyai City Stadium dan Saethong Vittaya School yang memberi fokus kepada kemudahan seperti stadium, kolam renang, balapan dan fasiliti berkaitan. Melalui lawatan ini juga, PSR USM dapat mengukuhkan jalinan kerjasama dengan institusi yang terlibat dengan program IMT-GT dalam semua aspek termasuk pembangunan sukan pelajar dan staf.

Pic 3