USM RANKING KE-4 SUKAN MASUM DENGAN 5 EMAS

 

untitledghg

Atlet Karate Universiti Sains Malaysia menepati ramalan selaku pilihan utama apabila menggondol empat pingat emas apabila Loh Chun Seng menerusi Acara Kata sebagai penyumbang emas pertama buat Kem USM pada Karnival Sukan MASUM Fasa 2 yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) selama lapan hari menjadi saingan 20 universiti awam Malaysia.

sukan15

untitledhnhg

Pada saingan hari kedua, atlet Karate USM terus menjadi tumpuan apabila membawa pulang dua pingat emas melalui acara Kumite apabila Kuan U Gene dan Nur Nazarith Sofia mencipta kejayaan buat Kontingen USM. Chew Hun Tiong atlet program warga sukan USM juga menepati ramalan dalam acara Kumite Karate untuk hari ketiga Karnival MASUM Fasa 2 apabila berjaya mendapat emas keempat Kontingen USM sekaligus meletakkan USM di kedudukan kedua keseluruhan pungutan pingat bagi saingan hari ketiga.

15032296 10206028764316416 6655893691392769618 n


Sementara itu Pasukan Bola Keranjang Lelaki USM berjaya menuai emas kelima dan terakhir saingan MASUM Fasa 2 sebelum upacara penutupan setelah menundukkan pasukan tuan rumah UNIMAP (61-41) dan Pasukan Bola Keranjang Lelaki USM berjaya mencipta kemenangan mutlak dan tidak pernah kalah sejak di awal saingan hingga ke perlawanan akhir.

untitledghgnbvgn

Gandingan bergu Tenis USM iaitu Badrul Ikram Asri dan Sheikh Ahmad Faiz Ismail hampir mencipta kejutan terhadap pilihan pertama kejohanan dari UITM pada saingan separuh akhir dalam acara tenis bergu lelaki. Beregu USM itu juga berjaya menduduki di tangga keempat saingan apabila tewas dalam penentuan pingat gangsa.

Pasukan Sofbol Wanita, Bola Keranjang Wanita USM dan pasangan beregu tenis wanita USM juga berjaya melayakkan diri ke saingan suku akhir.
Kontingen USM pada kali ini tidak mengecewakan apabila berjaya menempatkan diri di tempat keempat carta kedudukan pingat keseluruhan apabila memperolehi lima emas di temasya Karnival Sukan MASUM Fasa 2, UNIMAP 2016.

15037293 1131468490252509 5198544341639386562 n