Anugerah Sukan

Anugerah Sukan Universiti Sains Malaysia akan diadakan pada setiap penghujung Sidang Akademik untuk memberi pengiktirafan kepada atlet-atlet dan pemimpin-pemimpin sukan yang mengharumkan nama Universiti melalui sukan.

JENIS-JENIS ANUGERAH
1.    Anugerah Ungu
Merupakan anugerah yang paling tinggi kepada atlet USM tahun akhir yang mempunyai rekod serta taraf kebolehan yang cemerlang di peringkat Universiti, Negeri dan Kebangsaan.

2.    Anugerah Warna (Separuh Warna/Penuh)
Diberikan kepada ahli-ahli sukantahun akhir yang mewakili pasukan Universiti mengikut jumlah tahun semasa pengajian mereka di Universiti.

3.    Olahragawan/Olahragawati
Dianugerahkan hanya kepada seorang siswa dan siswi yang benar-benar cemerlang dalam sukan.

4.    Pasukan Terbaik (Lelaki & Wanita)
Dianugerahkan hanya kepada satu pasukan lelaki dan satu pasukan wanita yang mencapai kecemerlangan dalam pertandingan – pertandingan sama ada peringkat Universiti, Kebangsaa dan Antarabangsa.

5.  Anugerah Bintang Harapan
Diberikan kepada pelajar - pelajar tahun dua yang dinilai pencapaian bagi prestasi tahun satu.

6.  Anugerah Atlet Khas (PKU)
Diberikan kepada atlet-atlet istimewa yang melibatkan diri dalam bidang sukan.

7.  Sijil Perkhidmatan Cemerlang
Diberikan kepada pelajar-pelajar tahun akhir yang aktif dalam mengelola dan menggalakkan kegiatan-kegiatan sukan di Universiti.