Pengenalan

Pusat Sukan & Rekreasi, USM berperanan:

  • Membangunkan dan membudayakan program sukan kepada seluruh warga kampus.
  • Mengurus dan menyelaras pembangunan atlet prestasi tinggi dan pemegang biasiswa sukan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Melahirkan “The Thinking Athletes”.
  • Merealisasikan tujuh program teras utama Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT).
  • Berperanan sebagai “sport educational hub” bagi menarik pelajar dalam dan luar Negara sebagai tempat perkembangan kerjaya dan akademik seperti yang telah dilaksanakan melalui PROGRAM WARGA SUKAN, Pusat Kecemerlangan Renang IPT (PKS) dan Pusat Tumpuan Hoki IPT (PT).
  • Perancangan penyediaan infrastruktur dan kemudahan sukan yang mematuhi piawaian antarabangsa dengan mengambil kira kemudahan sukan mesra pelanggan termasuk OKU/gender dapat diberi fokus.
  • Perancangan pelaksanaan pengurusan dan penyelarasan pembangunan sukan universiti meliputi empat kampus iaitu Kampus Induk, Kampus Kesihatan, Kampus Kejuruteraan dan Kampus IPPT.
  • Pembangunan sukan staf.

 

Pusat Sukan juga bertindak sebagai pakar rujuk bagi masyarakat dalam dan luar kampus. Perkhidmatan sukan juga dipanjangkan kepada staf Universiti dan Badan-badan luar.