Pencapaian

Pusat Sukan & Rekreasi  USM telah mampu menganjurkan  Pesta Hoki PG-International di peringkat antarabangsa  dan mampu mengekalkan penganjurannya setiap tahun.  Pada tahun ini Pusat Sukan & Rekreasi akan menganjurkannya pada kali yang ke 37. Selama 3 tahun berturut-turut Pesta Hoki  USM-Penang International  termasuk dalam MALAYSIA BOOK OF RECORDS  dan kini telah mendapatkan rekod “50 hours non-stop game”.  Kejohanan ini juga telah mendapatkan    “GUINNESS WORLD  RECORDS”   for the “LARGEST FIELD HOCKEY TOURNAMENT PLAYERS”.

Pusat Sukan & Rekreasi juga mampu menganjurkan  Pesta Bola Jaring  di peringkat antarabangsa dimana penganjurannya terdiri daripada pelajar-pelajar  wanita sahaja.  Penganjurannya dapat dikekalkan (sustained) pada setiap tahun.  Pada tahun ini Pusat Sukan & Rekreasi telah menganjurkankannya pada kali yang ke-20.

Pusat Sukan & Rekreasi juga dapat menghasilkan seorang atlet lawan pedang  yang pernah meraih pingat emas di peringkat antarabangsa.

Pusat Sukan & Rekreasi telah berjaya untuk mengadakan  Program Warga Sukan, satu-satunya Universiti  yang membenarkan  atletnya  berpeluang memilih bidang  pengajian  masing-masing dan tidak diwajibkan untuk mengikuti bidang pengajian  Sains Sukan sahaja.

Pusat Sukan & Rekreasi telah menghasilkan Atlet pada  peringkat  Kebangsaan  seperti Lim Chow Chuan  dan lain-lain.

Pusat Sukan & Rekreasi  mempunyai pegawai dan staf yang mengharumkan nama Malaysia  dalam bidang hoki, lumba basikal, bolasepak dan sepaktakraw.  Selain itu Pusat ini juga mendapat perkhidmatan Jurulatih pakar dari kalangan staf dan orang luar seperti Bob Rajendran-Sukan Hoki, Prof. Teng Tjoon Tow-Bola Keranjang dan  Dr. Pok Fen Wei  - Ping Pong,  Encik  Alex Kee Tuan Jin untuk Sukan Renang dan lain-lain lagi.
  • Ex-Hockey National Player
  • Ex-National Cyclist
  • Ex-National Footballer
  • Ex-National  Sepaktakraw
KEMUDAHAN PUSAT SUKAN & REKREASI YANG DAPAT DIBANGGAKAN
  • Stadium Olahraga (Taraf Antarabangsa)
  • Stadium Hoki   (Taraf  Antarabangsa)
  • Kolam Renang (Taraf Antarabangsa)
  • Padang Kriket (Taraf Antarabangsa)
  • Kompleks Sukan
    • Dilengkapi dengan sebuah galeri untuk 600 orang
    • Badminton  (6 gelanggang)
    • Skuasy (3 gelanggang)
    • Gimnasium (1 gelanggang lelaki & 1 gelanggang wanita)